Saturday 10 September 2011


no tears tonight please :'(

3 days to go

assalamualaikum w.b.t..

x sampai 3 hari lg flight aku ke czech. esok dah nak gi kl..
dan hati ini.. masih x bersemangat..

aku x taulah kenapa aku mcm nie. kwn aku yg laen dah semangat dah.. dulu masa buat a level aku semngt sungguh berangan maen2 salji tue semua, tp skrg aku x rasa apa2 pun k. ok mgkn aku yg bermasalah nie. the fact is, aku sebenarnya nak melekat family aku jak. sampaikan aku tak tergoda pun dgn salji2 tue semua bila dgn dorg. the fact is THERE'S NO PLACE LIKE HOME. kan kan..

packing pun aku x habis lg sbnrnya nie. nak sumbat 20 kg dlm beg bukan sng tau. nie lah baru first time ku rasa betapa berharganya weight limit itu..

TAKUT....
yes aku takut. aku mengaku. aku takut aku x dapat adapt sana. terutamanya cuaca sejuk tue. aku takut aku x boleh survive . dan yg paling aku takut aku akan berubah.. yes itu mmg pasti tp berubah ke arah yg mana?? harap2 bukan yg diingini. hati ini berdebar2 membayangkan hidup sana. sekali lg kena hidup berdikari. masak2 sendiri, cuci baju sendiri, rindu2 sendiri. 6 tahun tau :'(

chill lah bulan.. inilah namanya hidup. x selamanya selesa, bahagia. yg liku2 harus ditempuhi kan.

Monday 5 September 2011

i'll be leaving :(

after waiting for a few days, it's confirm that my flight to czech republic will be on 14th september 2011.
i'll be leaving.
i'll be leaving tawau.
i'll be leaving malaysia.
i'll be leaving my family.
i'll be leaving my friends.

sorry that i had to leave
:(

Sunday 4 September 2011

lawak lebam kepala


cantik kan??? kan??
korg rasa2 ada kaca ka tak di tgh2 tue??

masa first time tgk nie kan, in real view yg btul2 depan mata aku..
aku terus excited sgt2 x tentu arah dan trus berlari ke arah air tue..
and pappppp!!!!! adui.. 
seriously aku sgt2 x perasan ada cermin kaca situ..
lebam lah jugak dahi aku..

INI CERITA BENAR. 
X PERCAYA TANYA KAWAN AKU YG ADA DI TEMPAT KEJADIAN

Friday 2 September 2011

things that i hate about car

benda yang aku x suka pasal kereta :

1. tak sempat brek
memandangkan aku ada pengalaman accident yg mana tak sempat tekan brek, dah tekan tp tetap jugak melanggar sampai terangkat tayar dua, fuhh aku dah macam trauma bile abg aku drive and tekan brek tiba-tiba or agak lambat dia menekan. seriously aku takut dan jantung berdegup-degup rasa macam tak sempat jak kereta tue stop, rasa macam akan melanggar jak..

2. naik bukit
bila naik bukit, dan bawa manual gear dan x pandai imbang, haaaa.. di situlah tiba-tiba mati enjin keretamu dan akan termundur ke belakang. klu takda kereta di belakang takpa, kalau ada habislah. pengalaman paling diingati adalah bila aku naek bas kolej aku, yg besar macam bas express tue, masa tue kitaorg nak gi putrajaya dan ada bukit yg sebenarnya agak tinggi dari biasa. tiba-tiba enjin dia mati dan termundur ke belakang, trus dia tarik brek mati.. ya Allah semua pucat time tue. mau masuk 4 kali dia cuba naik bukit tue x jugak dapat-dapat.. last2 dia guna gear 1, punyalah pelan naik bukit tue dan kami ikut sekali menahan nafas memberi semangat dan akhirnya berjaya!!! fuhhh...

3. pergaduhan
bila berlaku pergaduhan, masing2 mencari pergaduhan. kadang2 benda kecik jak. kan bagus bersabar.. ini tak pandai kawal emosi, dah tue marah2 plak, dah lah kita tension kan.. ok seriously aku rasa tak sedap hati jak bila pergaduhan berlaku. apalagi bila melibatkan lelaki sebab diorg tue agak kasar sikit. lepas tue aku ckp dgn abg aku yg aku nak letak banner kat tepi keta aku nanti "saya anti pergaduhan" hehe

p/s : macam mana aku nak ambil lesen nanti nie.. takut..


Thursday 1 September 2011

syawal 1423H yang indah

berlalulah sudah ramadhan..
sebulan berpuasa...
tiba syawal kita rayakan..
dengan rasa gembiraaaa!!!!

setelah diperkenankan oleh duli-duli yang Maha Mulia Sultan-Sultan, tarikh hari raya aidilfitri telah ditetapkan pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan hari selasa.... ye!!!!!!!! raya dah tiba...

malam raya tue aku dan abang-abgku serta kakak ku membuat persiapan last minute.. aku iron baju, kakak mengemas rumah, abg2 memasang lampu kelip. dan tiba2 aku terasa ingin minum sesuatu yg sedap jd kami pun kuar pi minum2.. kerja gila kan??? haha.. adakah patut malam raya pi kuar lepak2.. sekali sekala takpa kot.. hehe

di pagi mulia itu, kami semua bersiap-siap pergi menunaikan solat sunat aidilfitri. wah semua memakai baju raya berwarna merun kecuali aku yang memakai berwarna merah sbb tersalah beli baju.. hentam sajalah.. balik dr masjid, mcm biasa bersalam-salaman meminta maaf dan dapat sedikit duit raya dari abang-abang..
raya pertama kamiorg x banyak event sangat sebab abg yg sulung tue beraya kat rumah mertua dia, so lepas solat tue x pi mana-manalah..
TAPI... bersyukur sgt2 xda event ari tue.. sebab aku telah diserang diarrhea disertai vomit. nak aku sebutkan berapa kali masuk tandas dan berapa kali muntah ka?? x payah lah kan.. dan pada malam itu bila aku dah x tahan sgt, bila badan dah terasa sgt lemah, dan airmata x berhenti mengalir, aku pun dibawa ke klinik dekat hotspring tue. doktor tue sgt bagus dan aku diinject 2 kali dan diberi ubat yg banyak sgt. um tgk doktor tue kan tiba-tiba terfikir adakah aku akan bekerja di hari raya jugak nanti.. sgt tinggi kemungkinannya tp takpalah, tanggungjawab kan..

raya kedua.. ha.. raya kedua ni lah boleh dikatakan agak memenatkan.. kamiorg ada event family gathering kat umah aku sambil bakar-bakar ayam.. aku yg panggang tau.. haha.. rumah aku crowded sgt2 dgn kehadiran keluarga yg ramai sgt, anak-anak buah yg berderet-berderet.. haha.. sebenarnya nie family event yg kiteorg rancang nak buat setiap tahun. so aku pun  cakap dgn abg aku 'kalau kamu buat begini lagi tahun depan, balik lah aku' haha..


raya ketiga sebenarnya rancang untuk plan masing-masing. sapa2 nak pi beraya rumah kawan pun boleh. diberi kebenaran. tp tiba-tiba plak last minute berita yg nak ziarah kubur ari nie.. dan aku diwajibkan pergi ziarah kubur atuk nenek aku sebab nak pergi belajar jauh kan. so terpaksa delay plan aku sebab family first. bila balik, aku terus kol  si jume' sbb nak join diorg.. hehe.. lepas tue kiteorg gi umah ain dan juju.. cukuplah kot luangkan masa sikit utk kawan-kawan kan..

raya  keempat atau esok, kamiorg nak pi lawat-lawat rumah keluarga di pasir putih. esok 1 family lah akan serang rumah org plak.. haha..
the best thing about raya is when all my siblings are here dan kami semua berkumpul borak2.. that's the best thing ever in my life !!!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA..!!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN...