Saturday 22 March 2014

pilihan

salam wbt...

genap setahun aku tak sentuh blog nie.. wah wah wah.. nampak betul kemalasan di situ.

btw, aku dah 3rd year skrg !!! lol dah berapa bulan dah 3rd year tapi gaya mcm baru hahaha..

ok 3rd year serius banyak test. serius !!! serius banyak kena study dan makin susah nak paham.. ok tue semua dunia mari kita lupakan sebentar.
aku nak kongsi benda lain

*ehemmmmmm (ambik mode)
dah masuk 3 tahun lebih aku kenal tarbiyah. bermula dari kenalnya sejarah islam, membina 'islam' dalam diri, dan skrg nie level berkorban utk dakwah. ok nie definisi aku sendiri mengikut pemerhatian aku dgn flow2x akak sini nak aim kami.

mudah utk menilai mana nak pilih antara study atau dakwah. of kos lah dakwah itu akhirat kan. but then, bila kau betul2x berada di tempat tue, dalam kesempitan kau memilih, kengkadang akal rasional mengatasi keimanan. byk kali juga aku rasa sakit, sbb tak banyak waktu, banyak test, banyak nak kena study, banyak komitmen lain lagi.

aku banyak kali berfikir.
sampai bila ?? sampai bila nak mcm nie ?
sampai bila nak rasa 'bersalah', rasa 'berat'?
jiwa dan fizikal bagai tak seiring sekarang.

sebenarnya hanya ada 2 pilihan.
a) jangan terlibat dalam dakwah. boleh sekali sekala tue pun bila rasa nak.
b) berazam utk terlibat secara aktif. i mean sungguh-sungguh.

tau tak aku level mana ?? tengah-tengah.
tak tau lah, kadang aku rasa bersungguh betul nak tolong, kadang aku rasa nak burst sbb rasa penat dan berat sgt. dan aku rasa ini adlh level plg susah sekali. ko nak, tapi tak pasti. ko tak nak, tapi kadang2x tue ko nak.

rasanya aku kena buat pilihan. kalau tak, selamanya rasa sesak.

Wednesday 13 March 2013

cerita malam ini

assalamualaikum.

hari ini hari rabu. yes hari rabu. hari yg plg heaven sbb ada satu kelas ja iaitu Basic Patient Care ! sgt seronok tau kelas nie. sbb kiteorg diajar ttg cara nak jadi nurse, sblm nak jadi doktor. menarik kan ?? sblm nak jadi doktor, kenalah tau mcm mana nak jadi nurse dlu. nurse kan bakal jd assistant kita. 

blk kelas, aku cuba dan cuba utk membaca buku physio aku yg masih byk x kubaca utk persiapan test next week, akhirnya dalam pukul 2.30 mcm tue, aku tertewas dgn nafsu sendiri dan tertidur atas katil. lama gila aku tidur. dahlah termimpi ntah papa sampaikan bila bgn tue, rasa penat sgt sbb byk sgt lari2x dlm mimpi tue..

then, selepas tue, bila bgn mood aku x seberapa baik. selalunya bila mood x baik, iman jatuh kan. mmg betullah. so aku pun pegi prepare dinner aku, rebus telur dan habiskan sambal ikan bilis aku yg semalam punya je, so x masak sgt pun hari nie. sambil makan tue duduk lah depan laptop mcm biasa. tgk apa yg menarik

-aku buka group usrah aku dan yana ada post video pasal salahuddin. ya Allah menarik sgt video tue, dia menceritakan saat2x ketika fatih tgh sakit, dan meninggal. saat itu, sgt sedih.. korg tgk lah sendiri..


- aku baca post pasal sorg Allahyarhamah nie, pelajar kat universiti tempatan di msia, dia ditimpa kemalangan. sepanjang dia berada di hospital tue, mcm2x dugaan dia tempuhi, satu persatu organ dia rosak, dan yg plg buat sedih, dia s g t REDHA. sangat-sangat. sangat yakin akan pertolongan Allah. ya Allah sedih sgt, rasa x mampu nak jadi seperti dia. sgt hebat hamba Allah tue.. semoga Arwah ditempatkan dlm kalangan org2x yg akan masuk syurga insyaAllah.

alhamdulillah atas peringatan dr Mu dan penaik semnagt dr Mu ya Allah :)

Friday 8 March 2013

no more lazy

assalamualaikum..

pernah tak korg rasa mcm nie ??
malas semalas-malasnya.. semenjak dtg olomouc nie, aku rasa inilah malas aku level paling tinggi setakat nie.

lepas dr istanbul ari tue, kelas trus start the next week, and then kiteorg dah kena start discuss and plan pasal family day olomouc !! dah jadi event tahunan kat sini utk meraikan super senior kami yg akan grade x lama lagi !! bestnya...

ok cerita pasal family day, aku xtau lah dari celah mana dorg tgk bakat aku yg membuatkan aku boleh terpilih utk jadi ajk decoration. seriously, my CREATIVITY LEVEL IS ZERO !! aku x pndi nak drawing, nak buat benda yg comel tue pun x reti tau.. nie serius. mmg xda bakat semula jadi yg telah dikesan semenjak kecil lagi. Alhamdulillah lah jugak aku ada teman2x di sini yg sgt2x kreatif yg byk sgt membantu aku.. terima kasih kawan2x yg disayangi.

lepas family day, huh lega sgt2x.. flu pulak yg menyerang. tp tue kan buang dosa ?

and then skrg nie, aku dah kena look forward utk test2x yg akan dtg ! the next 2 weeks aku physio test, next 3 weeks ada czech test lg !! aigoooo.. xdalah free sgt pun 2nd year. eh tapi free jugak lah. kelas mula pagi, tghari dah habis !! heaven sgt jadual sem nie.. nanti 3rd year, klas start 7.30 pg, habis 6 ptg. ambek kau.. huh..

apart from that, on weekend plak, kiteorg ada aktiviti daurah. honestly, kadang2x aku rasa berat jugak nak gi daurah nie, especially klu kna bermalam, sbb bg aku, BILIK ADALAH TEMPAT PALING AKU SELESA. semenjak pindah single room nie kan, rasa mcm xnak je kluar bilik tau.. rasa nak duduk je dlm bilik nie, padahal xbuat apa2x pun, kdg2x rasa mcm room-aholic syndrome dah..

tapi kan, bila pikir blk, kita x boleh jadi malas2x. once kau jd malas, benda tue akan berlarutan. semua kerja x siap tau..

tadi aku rasa jahat jugak lah sbb ckp nie " malas lah nak pegi. penat lah setiap minggu ada program" sbb masa tue dalam kotak fikiran aku, aku dah rasa totally annoyed by all these, i just want some space for me. please please please...

tapi bila dah usrah td, alhamdulillah iman dah bertambah baik. kak arina dah naikkan blk semangat ini !! jgnlah malas nak bekerja, nanti waktu susah baru nak cr Allah. sbb semuanya dr Allah !!

jadi bermula skrg, saya SUNARTI BINTI ACHOK berazam utk TIDAK AKAN BERMALAS-MALASAN LAGI, akan cuba sedaya upaya saya utk menjadi rajin dan cuba melawan hawa nafsu itu.

wish me luck people. wish Allah help me. salam !

Monday 11 February 2013

zero hope

ya Allah ya Tuhanku,
engkau tanamkanlah dlm hati ini,
rasa cinta yg hakiki kepadaMu,
cinta yg teragung padaMu,
carta hati yg teratas.

seandainya dia mmg bukan jodohku,
jauhkan dia ya Allah,
baik jarak, baik hati, baik fikiran,
jauhkan aku dari dia
zahiriah dan batiniah.

andai dia jodohku,
aku mohon padaMu,
jauhkan juga dia dariku,
baik jarak, baik hati, baik fikiran,
sampai tiba waktunya.

LET'S PUT HOPE TO ZERO

Saturday 2 February 2013

istanbul aku datang !!

yay !! aku tgh cuba develop mood excited dalam hati.. istanbul.. istanbul..

dlu kan x pernah terpikir pun nak pi istanbul nie. like seriously. but once aku dah tgk cerita istanbul aku dtg, by lisa surihani and tomok tue, actually cerita tue xdalah memaparkan sgt kecantikan istanbul, tp aku jadi curious so aku pun google search pasal istanbul nie.. makk aii byk sejarah kau tau.. byk sgt peninggalan sejarah islam kat situ.. ok mmg dah mind set, lepas exam aku nak pi. aku nak pi.

tup tap tup tap, bila dh habis exam, alhamdulillah, dah bolehlah start perancangan. total kiteorg semua yg akan pergi 10 org. 10 org ok. kiteorg dah divide2x tugas dah, and aku, aku incharge hotel penginapan utk semua org. dah pilih yg murah, selesa, strategik lokasi, insyaAllah that's the best.

ahhh i can't really wait to go there. nak tgk hagia sophea, blue mosque, bacilica cistern, topkapi palace, cruise at the bosphorus sea ( sea where europe meets asia). rasa excited plak. to have a chance to see on yourself what history has left you. menarik bukan. dlu bljr dalam buku teks je, turki uthmaniyyah, tp skrg, tgk betul2x :)

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami semua. semoga tidak bertemu masalah yg sulit. semoga selamat pergi dan selamat pulang. dan semoga beroleh ibrah yg byk dr percutian kali ini.

Thursday 31 January 2013

short update

assalamualaikum..... 
sbnrnya dah byk kali terpikir nak bukak blk blog nie, tp selalu terlupa, tiada masa, and lg satu kadang2x tue ada je masa, tp buang masa dgn benda lain. 
byk kali jugak lah aku try and error password utk blog nie, sbb seriously dah lupa. last update pun masa aku kat malaysia ari tue kan..

well, this is short update of me.

1. PASS EXAM
alhamdulillah !! honestly, masa mula2x blk sini, senior semua ckp yg 2nd year nie heaven, xyah study lah. bila aku dgr mcm tue, wow!! this is the time ! masa first year dlu bila aku recall balik, mmg study je keja aku. travelling pun xdalah byk sgt compare to others. hmmm.. and then week by week study makin melambak, test pun makin byk dan susah dan asyik fail je, sampai satu tahap aku rasa nak give up dgn test2x nie semua, mgkn sbb mind set aku masa awal2x tue. well aku mmg mcm nie, once aku dah mind set something, ususally mcm tue lah ending dia. so dlm kesedihan frust dgn study, take time jugaklah utk aku betulkan blk balik mind set aku. takdenye honeymoon dalam istilah study. study sbb exam ke?? ke sbb patient ? ke sbb Allah ? selalu terbetak dlm hati pasal nie tau. and then one by one, Allah permudahkan blk semua urusan aku. first histo, then neuroanat. dua2x subjek utk exam nie aku mmg seriously x ready . tawakkal setawakkalnya. nervous tue mmglah tp ntahlah, x senervous masa first year, mgkn sbb dah biasa dgn sistem exam kat sini kot. mgkn. anyway, i pass them ! thnx to Allah !

2. DAH SINGLE !
single ? hehe. nothing to do dgn relationship eh. nie aku dah pindah bilik single. so skrg nie duduk sorg2x lah. tp alhamdulillah jugak lah dpt duduk serumah dgn grace dan lien, xdelah bosan sgt. bilik aku dkat tingkat 4. thnx to lif yg ntah berapa kali aku naik turun setiap hari guna dia.. hee.. padahal mak aku dah pesan jgn naik lif kerap sgt, dia takut mati karan.. hehe.. czech x mcm malaysia yg selalu mati karan lah mak. tp iyakan je lah masa dia pesan tue. best tak duduk single room ? hmmmm.. how to say ya. bosan tue yes mgkn mmg bosan, tp honestly rasa lebih selesa kot. i can do anything i want. makin lama makin aku rasa nie aku nie sbnrnya org yg sgt menjaga privacy, aku xnak org tau byk sgt pasal aku, aku xnak org tau semua benda yg aku rasa, pelik tak ?? pelikkkk.. xtau lah apa jadi dgn aku.

3. SPINDLERUV MLYN
hari tue masa cuti krismas, kiteorg ada jaulah. diorg semua ke London, kecuali aku dan fana, dan fateen yg stranded pegi spindleruv mlyn nie. kat czech je pun. 2 weeks before the programmes tue mmg sgt hectic dgn test semua, lain cerita lg yg retake2x tue, but then when that weeks over, fuhhh perasaan bagai dah lepas exam. and then bila pegi tmpt tue, wahhhhhhhhhhhhhhhhh sgt cantik seriously. rupanya tmpt tue sgt popular kat seluruh europe utk main ski tue semua. kamiorg main snow tubing je lah, yg naik pelampung tue, tue je aktiviti snow yg x memerlukan kemahiran melainkan jeritan.. haha.. tp seriously tempat tue sgt cantik. korg kena pegi !

4. KESIHATAN
this week aku ada 2 appointment dgn doktor. first one dgn dentist, ntah mengapa aku tiba2x sakit gigi ari tue for the first time ok, then trus pi jumpa and tukar tampal gigi yg lama ke yg baru. tampal gigi je pun, tapi kat sini diorg mmg akan buat fully check up, dia siap xray, dan sensor lg tau. takut jugak aku mula2x tue, mcm serius sgt, tampal je pun. apa2x pun sistem kat sini mmg terbaik. thnx to my insurans yg byrkan !! hehe.. eh tak tak, aku byr kot setiap tahun, mahal plak tue, so patut je lah guna. the second appointment is with the ophthalmist. aku sebenarnya agak berdebar jugak lah dgn appointment nie, sbb aku ada buat blood test last month, nak cek if i'm really have that autoimmune disease. based on the doctor, i might have that episcleritis which is caused by autoimmune disease. agak sedih gak lah bila dgr tue semua. but when to think about, bersyukur gak sbb at least dah tau semua apa sbnrnya punca mata aku selalu merah. tp bila result tue dah kluar, clinical result said i don't have that disease. tp doctor tue ckp selalunya clinical mmg x dpt detect, maybe after 10-15 years baru boleh dpt detect autoimmune aku. ntahlah. masa tue macm speechless jap. byk je benda nak tanya doctor tue, tp suddenly xda mood and suddenly mcm putus asa gak. penat.

5. ISTANBUL AKU DATANG
yes. aku akan ke istanbul next week !! i am very looking forward for this opportunity. x sabar nak jejakkan kaki ke turki. dlu tgk dalam tv je pun, jejak rasul tue semua, but then now, mmg betul2x nak pegi sana nie!!! wahhhhhh sgt2x excited. semoga perjalanan kami semua dipermudahkan olehNya :)

btw, anak sedara yg ke-4 baru je lahir hari nie !!

mcm x short je update. long update kot. hehe ;)

bye !!

Sunday 5 August 2012

sebuah perlawanan yg epic

malam tadi,
berlangsungnya perlawanan akhir badminton olimpik 2012 antara Lin Dan dan Lee Chong Wei.
Malaysia x dapat apa2x pingat lagi setakat ini.. dan aku agak jugaklah mengikuti perkembangan pemain Malaysia di London nie. sbb dah xda kerja nak buat!!!!

ok. dgn semangat yg begitu membara, membara-bara menegjar pingat emas, Chong wei dikatakan telah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal, 
dulu dia terpaksa menarik diri dalam perlawanan final sbb buku lali sakit, tapi kali ini dia sangat bersedia.. 

set pertama.. chong wei menang!!! dia nampak begitu tenang..
set kedua.. chong wei kalah..
set ketiga, sangat-sangat sengit apabila mereka terikat hampir kesemua poin.. aku yg tak bermain nie pun sgtlah emotional, apakan lagi pemain itu sendiri..
akhirnya, telah tertulis.. Datuk Lee Chong Wei tewas 21-19..
beliau terus terduduk sambil meletakkan hujung raketnya di dahi.. sedih.. aku sendiri dapat merasakan kesedihan itu.. kerana ini merupakan olimpik terakhir buatnya..

u know what that stupid mind of myself after the game?? i hope that Chong Wei can log in facebook and saw by himself what Malaysian comment about him.. mostly, it's a well done and heart touched status..

it's not about winning. it's about fighting. thank u for all your efforts. we feel you.. :')